Rabu, 11 Januari 2017

Penyelenggaraan Komputer



KAEDAH PENYELENGGARAAN KOMPUTER 

Definisi Penyelenggaraan
*Penyelenggaraan adalah satu langkah yang di lakukan ke atas sistem komputer supaya dapat mengurangkan atau mengelakkan komputer drp menghadapi masalah teknikal yang kecil atau serius.

Kebaikan & Kepentingan Penyelenggaraan Komputer

  1. Menjimatkan kos perbelanjaan untuk membeli atau membaik pulih perkakasan yang rosak.
  2. Mengurangkan atau mengelakkan kerosakan kecil.
  3. Memanjangkan jangka hayat komputer.
  4. Memanjangkan jangka hayat perkakasan aksesori komputer.
2 Jenis Penyelenggaraan:
  1. Penyelenggaraan Cegahan Pasif.
*Penyelenggaraan ini di lakukan untuk mengelakkan berlakunya gangguan sekeliling terhadap perjalanan sesebuah komputer.

*Antara gangguan sekeliling yang biasa berlaku ialah:

  • Bekalan kuasa rendah.
        Cara mengatasinya dengan menggunakan AVR (Automatic Voltage Regulator). 
        Alat ini dapat melaraskan voltan ke luaran kepada voltan yang tetap iaitu 20v pada setiap masa.
  • Spike (bekalan kuasa meninggi secara tiba-tiba). 
        Cara mengatasinya dengan menggunakan surge protector. 
        Alat ini dapat menstabilkan voltan walaupun bekalan meninggi secara tiba-tiba 
  • Kepanasan/Haba
        Cara mengatasinya dengan menyediakan sistem pengudaraan yang sesuai pada unit sistem dan bilik berkenaan iaitu  dengan penggunaan heatsink dan sistem fan serta pemasangan hawa dingin dan kipas angin di dalam bilik berkenaan.
  • Bekalan Kuasa Terputus (blackout)
        Cara mengatasinya dengan menggunakan UPS (Unintruptible Power Supply) dapat beroperasi sebagai bekalan kuasa bantuan kepada sistem.
  • Debu/Habuk. 
         Cara mengatasinya dengan memastikan bilik komputer selalu berkunci dan di vakum serta di bersihkan selalu.
         Pastikan juga makanan dan minuman tidak di bawa masuk ke dalam bilik komputer.

     2. Penyelenggaraan Cegahan Aktif

*Penyelenggaraan ini di lakukan dengan menjalankan ujian-ujian yang telah di tetapkan dan juga pembersihan pada perkakasan dan kad-kad utama bagi memastikan kefungsian perkakasan di samping akan memanjangkan jangka hayat komputer.

*Penyelenggaraan boleh dilakukan dalam tempoh 1 minggu,3 bulan,6 bulan atau 1 tahun sekali.

*Penyelenggaraan Komputer.
  - semasa penyelenggaraan di lakukan pastikan perkara berikut di patuhi agar tidak mendatangkan masalah kepada komputer dan diri sendiri.Antaranya ialah:

  • Tempat penyelenggaraan hendaklah sesuai.
  • Sila pakai Anti Static Wrist Wrap untuk mengalirkan cas ke bumi.
  • Pastikan anda mengenalpasti kedudukan asal perkakasan sebelum di buka.
  • Kenalpasti kedudukan pin-pin bagi memudahkan pemasangan semula.
  • Pastikan anda mempunyai user manual main board untuk rujukan jika berlaku sebarang masalah.
*Bahagian Komputer Yang Perlu Diselenggara.
  • mainboard
  • tetikus( mouse)
  • floppy disk drive
  • hard disk (hdd)
  • cd rom drive
  • nic card
  • vga
  • sound card
  • keyboard
  • power supply
  • cpu heat sink dan fan
*Bahan yang di gunakan untuk selenggara komputer.
  • vakum cleaner/blower-menyedut & menghilangkan kekotoran seperti habuk pada mainboard,kad-kad tambahan.
  • kain pengelap/span-mengelap kotoran di sekeliling casing
  • berus cat-menyapu & membuang habuk
  • cecair pencuci-sebagai peluntur di bahagian luaran seperti casing
  • putik kapas-membersihkan kotoran di pemacu cakera liut.
  • pemadam pensil-membersihkan kotoran di bahagian pengalir arus seperti RAM
  • set pembersih pemacu cakera liut
  • set pembersih pemacu cd rom
  • set toolkit(multimeter,screwdriver dll)

Tools




Langkah langkah Penyelenggaraan Komputer














 





7 ulasan:

  1. saya suka penerangan yang macam ni. Dia sangat membantu saya dalam mencari maklumat dan menyiapkan kerja assignment saya dengan senang

    BalasPadam
  2. Penerangan tentang cegahan aktif kurang tepat

    BalasPadam
  3. You help me on my exam today. Happy fasting😊😊

    BalasPadam
  4. Tq so much. May God bless you and your work.

    BalasPadam

PENGENALAN RANGKAIAN KOMPUTER

ASAS PENGENALAN RANGKAIAN KOMPUTER  Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti (nod) seperti komputer, pencetak, CD atau lain-lain perant...