Khamis, 24 November 2016

Pemasangan Perisian

PEMASANGAN PERISIAN SISTEM PENGOPERASIAN
WINDOWS 7 ULTIMATE
1. Pastikan PC anda dapat membaca DVD ketika ia mula-mula dihidupkan.
2. Tetapkan boot sequence yang pertama kepada DVD. Setelah ditetapkan, masukkan DVD Windows 7 dan hidupkan komputer.
3. Pertama, ia akan terpapar mesej “Windows is loading file”. Tunggu sehingga proses selesai.


4. Kotak pertama, ke-2 dan ke-3 memaparkan pilihan bahasa, zon masa dan matawang, serta tatapan papan kekunci. Tetapkan pilihan anda dan klik “Next”.



5. Klik butang “Install Now” untuk memulakan pemasangan Windows 7.



6. Tandakan pada kotak “I accept license terms” dan klik “Next”.



7. Klik butang “Custom” untuk melakukan pemasangan bersih Windows 7.



8. Plih partition yang akan memuatkan Windows 7 dan klik “Next”.



9. Proses pemasangan telah bermula. Tunggu sehingga proses pemasangan selesai.



10. Setelah siap, anda dikehendaki untuk membuat beberapa tetapan asas terhadap Windows 7 anda. Pertama, masukkan nama dan nama bagi komputer, kemudian klik “Next”.



11. Masukkan kata laluan bagi akaun Windows 7 dan klik “Next”.



12. Masukkan no siri yang anda perolehi dari Microsoft sewaktu memuat turun dahulu dan klik “Next”.



13. Pilih pilihan bagi Windows update dan klik “Next”.



14. Pilih zon masa dan klik “Next”.



15. Windows 7 sudah siap dipasang dan anda boleh menggunakannya.



MENGINSTALL APLIKASI
APLIKASI WINRAR
1. Double klik perisian untuk memulakan proses pemasangan. Pada folder destinasi anda boleh membiarkan ia seperti C: \ Program Files \ WinRAR atau klik Browse  butang untuk memasang WinRAR pada folder lain. Hit Pasang butang apabila anda sudah bersedia untuk dipasang.
2. Konfigurasi WinRAR.Persediaan WinRAR, memilih sambunganWinRAR yang anda mahu untuk bekerja.Saya lebih suka menggunakan                                                                                                         semua, klik Pilih butang semua jika anda mahu  semua lanjutan dikendalikan dengan WinRAR.Klik OK.



3.Apabila memasang proses yang dilakukan, anda akan melihat paparan ini.
“WinRAR telah berjaya dipasang ke folder C: \ Program Files \ WinRAR”.Klik Main WinRAR.


4. Proses baru WinRAR akan mula seperti yang dilihat pada gambar di bawah.



5. Anda boleh menggunakan WinRAR untuk memampatkan fail atau nyah mampat fail.
APLIKASI TUNEUP
1. Double klik perisian untuk memulakan proses pemasangan. Pertama anda perlu klik “Custom Installation” dan klik “Next”.
2. Klik pada “Immediately on first start-up” dan “Run automatically at regular interval and inform me”. Seterusnya klik “Next”.
3. Installation telah bermula.





4. Installation telah selesai.



INSTALL ANTIVIRUS

1.     Imbasan Virus
             Antivirus atau disebut juga Virus Protection Software adalah sebuah jenis perisian yang  digunakan untuk mengesan dan menghapuskan virus komputer dari sistem komputer. Aplikasi ini dapat menentukan adakah sebuah sistem komputer telah diserang virus atau tidak. Umumnya perisian ini melakukan pengimbasan terhadap semua data yang dibuka, diubahsuai atau yang disimpan. Langkah-langkah imbasan antivirus :

i)       Klik dua kali pada ikon antivirus

.
Gambarajah 1 : Ikon antivirus

ii)     Seterusnya, paparan menu bagi antivirus akan terpapar. Klik pada scan system untuk mengimbas cakera keras atau fail yang dikehendaki.


Gambarajah 2 : Paparan Antaramuka Menu Antivirus

iii)    Paparan di bawah menunjukkan proses imbasan sedang dijalankan.Jika mahu menghentikan proses imbasan, anda boleh klik pada button stop seperti yang ditunjukkan pada paparan di bawah.


                    Gambarajah 3 : Paparan proses imbasan

iv)  Jika ada virus di dalam cakera keras atau fail,paparan di bawah akan terpapar.Untuk membuang virus tersebut,klik pada action delete dan klik button apply.



                      Gambarajah 4 : Paparan virus


v)    Apabila proses imbasan virus telah selesai, paparan di bawah akan dipaparkan menunjukkan bilangan virus yang telah dijumpai dan antivirus sekaligus telah membuang virus berkenaan.Klik pada button close untuk menutup paparan. Sekiranya tiada sebarang masalah akan dipapar everything is good menandakan sistem komputer tiada sebarang masalah dan komputer berada dalam keadaan baik.


Gambarajah 5 : Paparan imbasan yang telah selesai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGENALAN RANGKAIAN KOMPUTER

ASAS PENGENALAN RANGKAIAN KOMPUTER  Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti (nod) seperti komputer, pencetak, CD atau lain-lain perant...