Khamis, 17 November 2016

Perisian Komputer

Image result for perisian komputer


  1. Maksud Perisian Komputer
  2. Perisian adalah program-program yang dibangunkan untuk membolehkan komputer melakukan sesuatu tugas tertentu. Setiap perisian hanya boleh melakukan apa yang telah diprogramkan didalamnya. Setiap perisian mempunyai perbezaan dengan perisian yang lain Perisian perlu dipasang (install) ke dalam komputer sebelum menggunakannya.

  1. Jenis Perisian 
  2.  Perisian boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu: 
  3. - Perisian Sistem Pengendalian 
  4. - Perisian Aplikasi 
  5. - Perisian Utiliti



  1. Pengendalian Perisian sistem pengendalian ialah program yang mengawal dan menyelaras semua aktiviti komputer. Antara kerja-kerja yang dilakukan oleh sistem pengendalian ialah :
  2.  Menyediakan antaramuka 
  3.  Memasang perisian 
  4.  Melancarkan perisian 
  5.  Memperuntukkan ruang memori Contoh Sistem Pengendalian ialah - Windows, Linux dan Mac OS

  6. Perisian Aplikasi
  7. Perisian aplikasi ialah program yang membantu pengguna melaksanakan tugas khusus. Contoh perisian aplikasi 
  8.  Pemprosesan kata (Word, Notepad) 
  9.  Hamparan elektronik (Excel,Statistica) 
  10.  Persembahan elektronik (powerpoint) 
  11.  Pangkalan data (Access,oracle) 
  12.  Penyunting grafik (paint, photoshop) 
  13.  Pemain media (winamp, real player)


  14. Perisian Utiliti 
  15. Perisian utiliti adalah untuk menyenggara perisian dan perkakasan komputer. Contoh program utiliti 
  16.  Program pengurusan fail (file manager) 
  17.  Program diagnostik (disk cleanup) 
  18.  Program defragmentasi Disk defragmenter) 
  19.  Program antivirus (Norton, AVG, Kaspersky)





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGENALAN RANGKAIAN KOMPUTER

ASAS PENGENALAN RANGKAIAN KOMPUTER  Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti (nod) seperti komputer, pencetak, CD atau lain-lain perant...