Khamis, 1 Disember 2016

Pemasangan Komputer

Langkah-langkah Pemasangan Komputer

ALATAN PERKAKASAN
  • Bekalan kuasa (power supply)
  • Papan induk (motherboard)
  • CPU
  • CPU fan
  • Hard disk
  • Dvd/Cd-rom
  • Floppy disk
  • Floppy cable
  • Sata calbe
  • Ram
  • Network card
  • Casing

ALATAN YANG DIGUNAKAN
  • SCREWDRIVER
  • GELANG PEMBUMI
  • BERUS
MEMBUKA PERKAKASAN KOMPUTER
1. Gelang pembumi dipakai sebagai alat anti-static.
2. Buka skru pada casing dan penutup casing dibuka.
3. Buka semua kabel-kabel kecil serta cable power supply pada motherboard, Hard disk, Cd-rom, dan Floppy disk.
4. Buka cd-rom, floppy disk dan hard disk dan keluarkan pada casing.
5. Buka skru pada power supply dan keluarkan dari casing.
6. Buka CPU Fan dari motherboard.
7. Buka penutup soket 7 dan keluarkan CPU.
8. Keluarkan ram serta network card dari motherboard.
9. Skru yang berada di motherboard dibuka dan motherboard dikeluarkan dari casing.
10. Sekarang,casing telah dikosongkan.
11. Bersihkan semua perkakasan menggunakan berus.
12. Susun semua perkakasan dengan teratur.


PEMASANGAN PERKAKASAN KOMPUTER
1. Gelang pembumi dipakai sebagai alat anti-static.
2. Penutup casing dibuka dan semua skru dikeluarkan dan pastikan skru mencukupi.
3. Wayar yang terdapat didalam casing dikemaskan.
4. Penutup soket 7 dibuka dan CPU dimasukkan.
5. Ram dipasang pada slot DDR-DRAM dengan cara menekan sahaja ram pada slot sehingga holder ram benar-benar menyokong. Pastikan pegang ram dengan betul.
6. Motherdoard dimasukkan ke dalam casing dan pastikan port  COM 1 dikedudukan yang betul dan diskrukan.
7. Pasang CPU fan pada motherboard.
8. Kabel-kabel reben, CPU, sambungan COM 1 dan sambungan LPT 1 disambungkan pada bekalan kuasa dan motherboard.
9. Kabel-kabel kecil yang dilabelkan sebagai komponen HDP, LED, RESET dan POWER disambungkan pada motherboard.
10. Network card dipasang pada slot ISA.
11. Pasang pemacu cd/ dvd-rom.
12.Sambungkan SATA cable serta bekalan kuasa pada pemacu cd-rom.
13. Pasang pemacu cakera liut.
14. Sambungkan kabel cakera liut padanya dan pastikan hujung kabel sebelah lagi sudah sedia dipasang pada slot FDC. Sambungkan bekalan kuasa.
15. Pasang hard disk.
16. Sambungkan SATA cable serta bekalan kuasa pada hard disk.
17. Casing ditutup dan skru dengan kemas.
18. Monitor, keyboard disambung pada CPU.
19.Pasang kabel bekalan kuasa pada CPU dan monitor. Kabel VGA juga dipasang pada CPU dan disambungkan pada monitor.
20. Switch ON dan tunggu sehingga paparan keluar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

PENGENALAN RANGKAIAN KOMPUTER

ASAS PENGENALAN RANGKAIAN KOMPUTER  Rangkaian Komputer adalah sekumpulan peranti (nod) seperti komputer, pencetak, CD atau lain-lain perant...